Open University Malaysia Knowledge Repository

Tahap pencapaian murid-murid tahun enam dalam modul khatam al-Quran j-QAF: satu kajian di sekolah kebangsaan daerah Kuala Muda, Yan

Fairuz Samsudin, (2011) Tahap pencapaian murid-murid tahun enam dalam modul khatam al-Quran j-QAF: satu kajian di sekolah kebangsaan daerah Kuala Muda, Yan. Masters thesis, Open University Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Accepted Version
2865Kb

Abstract

Kajian ini dilakukan ke atas 3443 orang murid daripada 23 buah sekolah kebangsaan di dalam daerah Kuala Muda Yan kedah. Mereka terdiri daripada murid lelaki dan perempuan generasi pertama program j-QAF kohort 2005. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian literasi al-Quran secara keseluruhan daripada murid berdasarkan kepada Modul Khatam al-Quran j-QAF. Penyelidikan ini juga dijalankan untuk mengetahui apakah terdapat perbezaan tahap kebolehan bacaan al-Quran dikalangan murid berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan skor markah bacaan mereka. Selain itu kajian ini cuba melihat peningkatan prestasi murid yang berlaku antara enam bulan pertama persekolahan dan enam bulan kedua persekolahan. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 17 dan Mcrosoft Exel 2007. Analisis deskriptif digunakan untuk memberi tafsiran kepada data dan seterusnya menjawab persoalan kajian. Analisis mendapati 81% murid telah menguasai bacaan al-quran dan 18.4% murid masih di dalam sukatan Iqra satu hingga enam. Kemampuan murid dalam penguasaan bacaan al-Quran berada ditahap yang memuaskan. Kajian ini juga mendapati wujudnya peningkatan yang positif dalam literasi al-Quran murid antara enam bulan pertama persekolahan dan enam bulan kedua persekolahan. Walaubagaimanapun, matlamat utama program ini untuk 100% khatam al-Quran belum tercapai kerana masih terdapat 0.78% murid yang gagal menghabiskan sukatan khatam al-Quran bersama guru. Jumlah ini walaupun kecil, namun ia memerlukan perhatian segera agar tidak berlaku lagi keciciran pada masa akan datang. (Abstract by author)

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
Uncontrolled Keywords:j-QAF,Level of literacy of Al-Qur'an programme,
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions:Centre for Graduate Studies
ID Code:664
Deposited By:Shahril Effendi Ibrahim
Deposited On:21 Dec 2011 15:19
Last Modified:22 Dec 2011 13:43

Repository Staff Only: item control page